Hari ini kelas bertukar di makmal pemprosesan video. Kami telah diberikan tunjuk ajar oleh En Aziz tentang editing video menggunakan
Pehhh macam susah jugak nak explore software sebab
Tidak ada cd installer - En Aziz kata kalu hard disc komputer kat makmal rosak. Maknanya berkuburlah software
kalau ada install kat laptop memang wajib explore sebab software ni memang best.


Seawal 3.20 petang dah terpacak kat Dewan Sultan Iskandar UTM. Tn Hj Johari dah melambai-lambai kami di belakang DSI. Hari ini kelas kami akan berada di belakang pentas untuk melihat kerja-kerja belakang tabir proses pengambaran majlis graduasi. Walaupun hanya raptai tetapi pengalamannya memang cukup hebat.
Di control room kami melihat bagaimana petugas-petugas menjalankan kerja-kerja pengambaran dengan cukup cekap. (kalau bagi kat kami yang setahun jagung ni..conform ke laut hasilnya)




Teknik Tiga Titik Lampu adalah satu kaedah standard yang digunakan dalam media visual seperti video, filem dan fotografi . Ia adalah satu sistem yang mudah tetapi boleh membentuk asas pencahayaan yang pelbagai. Terdapat tiga jenis teknik lampu iaitu cahaya utama, mengisi cahaya dan lampu belakang.  
  Key Light

Cahaya utama
Ini adalah cahaya utama. Ia biasanya kuat dan mempunyai pengaruh yang paling utama dalam melihat tempat kejadian. Ia diletakkan di sebelah kamera supaya subjek mempunyai bayang-bayang.

Key and Fill

Cahaya Isi
Ini adalah cahaya kedua dan diletakkan di sebelah cahaya utama. Ia digunakan untuk mengisi bayang-bayang yang dicipta oleh cahaya utama. Teknik penggunaannya adalah cahaya yang digunakan adalah lebih lembut dan kurang terang daripada cahaya utama.


 Key, Fill and Back

Cahaya Belakang

Cahaya belakang diletakkan di belakang subjek dari penggunaan lampu dari belakang. Tujuannya adalah untuk menyediakan definisi dan caris cahaya disekeliling subjek. Ini membantu mengasingkan subjek dari latar belakang dan menyediakan melihat tiga dimensi.

untuk memahami lebih lanjut, terdapat simulator yang boleh digunakan untuk memahaminya. Klik SIMULATOR








Apakah itu white balance?memang tidak ada idea langsung huhuhuhu.

White Balance atau Imbangan Putih ni secara ringkasnya adalah proses untuk mendapatkan warna objek di dalam video supaya tepat dengan warna sebenar objek yang diambil. Konsepnya adalah kita mahukan warna objek di dalam video kita serupa dengan apa yang dilihat oleh mata kita di dunia sebenar. 

Dan MENGAPA PUTIH yang menjadi pilihan? Ini kerana putih adalah warna asas yang paling mudah dikesan dan dijadikan ‘reference colour’ (warna rujukan oleh sensor kamera) sekiranya warna tersebut berubah menjadi sedikit jingga disebabkan cahaya matahari atau lampu bilik sebagai contoh.

BAGAIMANA HENDAK LAKUKAN CUSTOM WHITE BALANCE?
  1. Cari objek putih yang menyeluruh seperti kertas A4 kosong atau apa-apa sahaja (pasu putih, buku putih, kotak putih).
  2. Ambil gambar objek putih tersebut dan pastikan warna putih tersebut berada di tengah titik fokus video .
  3. Pergi ke ‘Menu’ video dan pilih ‘Custom White Balance’
  4. Anda boleh teruskan penggambaran dan sekiranya anda beralih ke tempat lain dengan suasana yang lain, anda perlu ulangi langkah 1 sehingga 3 semula.

Dalam bahagian ini, banyak istilah-istilah rakaman yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Namun itulah arahan-arahan dan teknik rakaman yang digunapakai dalam penghasilan video. Apa yang paling penting dalam penggambaran ialah peralihan langkah rakaman ( step shooting) tidak boleh melangkaui daripada 3 langkah. Contohnya rakaman long shoot tidak boleh terus ke rakaman medium close up.
Dibawah merupakan kaedah rakaman dalam penggambaran.


Extreme Wide Shot
Extreme Wide Shot
Close Up
Close-up

Very Wide Shot
Very Wide Shot
Wide Shot
Wide Shot
Mid Shot
Mid Shot



Medium Close Up
Medium Close-up

Kamera video merupakan sebuah peranti yang digunakan untuk merakam gerakan elektronik pengambilalihan gambar. Ianya mula dibangunkan dalam industri penyiaran televisyen. Kamera video terawal telah dicipta oleh John Logie Baird dengan menggunakan cakera Nipkow elektromekanik dan digunakan oleh BBC dalam siaran eksperimen pada tahun 1930-an. Tranfomasi teknologi tiub sinar katod dengan menggunakan sistem Iconoscope dan Image dissector telah digunakan dalam tahun 1940-an dan kekal sehingga tahun 1980-an. Kini revolusi kamera telah dipertingkat dengan penggunaan CCD bagi penggunaan data digital menggantikan sistem analog.




Dalam dunia penghasilan video, terdapat perkara-perkara yang wajib dilalui sepanjang penghasilan. Ianya adalah Pre-production - Production - Post Production
  1. Pre-production
Ianya merupakan proses awal sebelum proses pengambaran bermula. Perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah seperti
Idea - objektif penghasilan video
Scripting - menulis situasi dan keadaan penceritaan
Planning - merancang perlaksanaan penggambaran.
Storyboard - merakam situasi pelaksanaan penggambaran.

      2. Production

Ianya merupakan proses penggambaran berlansung.

      3. Post-Production

Merujuk kepada proses-proses yang dilakukan setelah tamat proses penggambaran. Antaranya editting, record sound dan audio switching (sound effect).
 


Pada hari ini Tn Hj Johari telah menyentuh kembali tentang sistem-sistem yang digunapakai dalam broadcasting. Antara sistem-sistem tersebut adalah

1.NTSC (National Television System Committee)
NTSC adalah sistem televisyen analog yang digunakan di kebanyakan Amerika Utara, bahagian Amerika Selatan (kecuali Brazil, Argentina, Uruguay, dan Guiana Perancis), Myanmar, Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Filipina, dan beberapa negara-negara kepulauan Pasifik dan wilayah.
N T S C
N
ational Television System Committee
Lines/Field 525/60
Horizontal Frequency 15.734 kHz
Vertical Frequency 60 Hz
Color Subcarrier Frequency 3.579545 MHz
Video Bandwidth 4.2 MHz
Sound Carrier 4.5 MHz

PAL ( Phase Alternating Line)
P A L
P
hase Alternating Line
SYSTEM
PAL
PAL N
PAL M
Line/Field 625/50 625/50 525/60
Horizontal Freq. 15.625 kHz 15.625 kHz 15.750 kHz
Vertical Freq. 50 Hz 50 Hz 60 Hz
Color Sub Carrier 4.433618 MHz 3.582056 MHz 3.575611 MHz
Video Bandwidth 5.0 MHz 4.2 MHz 4.2 MHz
Sound Carrier 5.5 MHz 4.5 MHz 4.5 MHz

SECAM (Sequential Color with Memory)
SECAM
S
equential Couleur Avec Memoire
or Sequential Color with Memory
SYSTEM
SECAM B,G,H
SECAM D,K,K1,L
Line/Field 625/50 625/50
Horizontal Frequency 15.625 kHz 15.625 kHz
Vertical Frequency 50 Hz 50 Hz
Video Bandwidth 5.0 MHz 6.0 MHz
Sound Carrier 5.5 MHz 6.5 MHz

Dibawah ini menunjukkan negara-negara yang menggunakan sistem yang sediaada dalam broadcast.
File:PAL-NTSC-SECAM.svg

About