Hari ini kelas bertukar di makmal pemprosesan video. Kami telah diberikan tunjuk ajar oleh En Aziz tentang editing video menggunakan
Pehhh macam susah jugak nak explore software sebab
Tidak ada cd installer - En Aziz kata kalu hard disc komputer kat makmal rosak. Maknanya berkuburlah software
kalau ada install kat laptop memang wajib explore sebab software ni memang best.


Seawal 3.20 petang dah terpacak kat Dewan Sultan Iskandar UTM. Tn Hj Johari dah melambai-lambai kami di belakang DSI. Hari ini kelas kami akan berada di belakang pentas untuk melihat kerja-kerja belakang tabir proses pengambaran majlis graduasi. Walaupun hanya raptai tetapi pengalamannya memang cukup hebat.
Di control room kami melihat bagaimana petugas-petugas menjalankan kerja-kerja pengambaran dengan cukup cekap. (kalau bagi kat kami yang setahun jagung ni..conform ke laut hasilnya)




Teknik Tiga Titik Lampu adalah satu kaedah standard yang digunakan dalam media visual seperti video, filem dan fotografi . Ia adalah satu sistem yang mudah tetapi boleh membentuk asas pencahayaan yang pelbagai. Terdapat tiga jenis teknik lampu iaitu cahaya utama, mengisi cahaya dan lampu belakang.  
  Key Light

Cahaya utama
Ini adalah cahaya utama. Ia biasanya kuat dan mempunyai pengaruh yang paling utama dalam melihat tempat kejadian. Ia diletakkan di sebelah kamera supaya subjek mempunyai bayang-bayang.

Key and Fill

Cahaya Isi
Ini adalah cahaya kedua dan diletakkan di sebelah cahaya utama. Ia digunakan untuk mengisi bayang-bayang yang dicipta oleh cahaya utama. Teknik penggunaannya adalah cahaya yang digunakan adalah lebih lembut dan kurang terang daripada cahaya utama.


 Key, Fill and Back

Cahaya Belakang

Cahaya belakang diletakkan di belakang subjek dari penggunaan lampu dari belakang. Tujuannya adalah untuk menyediakan definisi dan caris cahaya disekeliling subjek. Ini membantu mengasingkan subjek dari latar belakang dan menyediakan melihat tiga dimensi.

untuk memahami lebih lanjut, terdapat simulator yang boleh digunakan untuk memahaminya. Klik SIMULATOR








Apakah itu white balance?memang tidak ada idea langsung huhuhuhu.

White Balance atau Imbangan Putih ni secara ringkasnya adalah proses untuk mendapatkan warna objek di dalam video supaya tepat dengan warna sebenar objek yang diambil. Konsepnya adalah kita mahukan warna objek di dalam video kita serupa dengan apa yang dilihat oleh mata kita di dunia sebenar. 

Dan MENGAPA PUTIH yang menjadi pilihan? Ini kerana putih adalah warna asas yang paling mudah dikesan dan dijadikan ‘reference colour’ (warna rujukan oleh sensor kamera) sekiranya warna tersebut berubah menjadi sedikit jingga disebabkan cahaya matahari atau lampu bilik sebagai contoh.

BAGAIMANA HENDAK LAKUKAN CUSTOM WHITE BALANCE?
  1. Cari objek putih yang menyeluruh seperti kertas A4 kosong atau apa-apa sahaja (pasu putih, buku putih, kotak putih).
  2. Ambil gambar objek putih tersebut dan pastikan warna putih tersebut berada di tengah titik fokus video .
  3. Pergi ke ‘Menu’ video dan pilih ‘Custom White Balance’
  4. Anda boleh teruskan penggambaran dan sekiranya anda beralih ke tempat lain dengan suasana yang lain, anda perlu ulangi langkah 1 sehingga 3 semula.

About