Apakah itu white balance?memang tidak ada idea langsung huhuhuhu.

White Balance atau Imbangan Putih ni secara ringkasnya adalah proses untuk mendapatkan warna objek di dalam video supaya tepat dengan warna sebenar objek yang diambil. Konsepnya adalah kita mahukan warna objek di dalam video kita serupa dengan apa yang dilihat oleh mata kita di dunia sebenar. 

Dan MENGAPA PUTIH yang menjadi pilihan? Ini kerana putih adalah warna asas yang paling mudah dikesan dan dijadikan ‘reference colour’ (warna rujukan oleh sensor kamera) sekiranya warna tersebut berubah menjadi sedikit jingga disebabkan cahaya matahari atau lampu bilik sebagai contoh.

BAGAIMANA HENDAK LAKUKAN CUSTOM WHITE BALANCE?
  1. Cari objek putih yang menyeluruh seperti kertas A4 kosong atau apa-apa sahaja (pasu putih, buku putih, kotak putih).
  2. Ambil gambar objek putih tersebut dan pastikan warna putih tersebut berada di tengah titik fokus video .
  3. Pergi ke ‘Menu’ video dan pilih ‘Custom White Balance’
  4. Anda boleh teruskan penggambaran dan sekiranya anda beralih ke tempat lain dengan suasana yang lain, anda perlu ulangi langkah 1 sehingga 3 semula.

0 comments:

Post a Comment

About